Sang Pahlawan Sejati Sheikh Izz Al-Din Al-Qassam
Syeikh
Izz ad-Din al-Qassam (19 November 1882 – 20 November 1935) (Bahasa
Arab: عزّ الدين بن عبد القادر بن مصطفى بن يوسف بن محمد القسام, ‘Izz
ad-Dīn al-Qassām, nama lengkap: Izz al-Din ibn Abd al-Qadar ibn Mustapha
ibn Yusuf ibn Muhammad al-Qassam) adalah seorang tokoh Arab dalam
Mandat British Palestin. Beliau juga merupakan pemimpin penentangan
terhadap organisasi-organisasi Zionis, British dan Perancis di Levant
pada 1920-an dan 1930-an.
Kehidupan dan pendidikan
Al-Qassam dilahirkan di Jableh, Syria dan merupakan anak kepada Abdul Qadar, seorang pegawai mahkamah Syariah semasa pemerintahan Empayar Uthmaniyyah dan juga merupakan pemimpin Sufi Qadariyyah tempatan. Datuknya pula merupakan seorang syeikh berpengaruh yang berpindah dari Iraq ke Jableh. Al-Qassam mempelajari fiqh mazhab Hanafi dan berguru dengan seorang ulama terkenal bernama Syeikh Salim Tayarah di Masjid Istambuli.
Antara 1902 dan 1905, al-Qassam berhijrah ke Kaherah untuk belajar di Masjid al-Azhar. Tidak dapat dipastikan secara tepat dengan siapa beliau berguru, ada yang berpendapat beliau berguru dengan ulama salafi Syeikh Muhammad Abduh dan kemudian dengan Rashid Rida, yang mana beliau sendiri merupakan murid Abduh. Di al-Azhar, al-Qassam memperkembang pemikiran yang bakal mempengaruhi aktivitinya pada masa hadapan. Kritis terhadap pemahaman yang kaku tentang Islam, al-Qassam berdakwah dalam kalangan petani miskin dan penghuni kawasan setinggan tentang keperluan Islam moden, iaitu Islam yang mampu mempertahankan dirinya daripada kolonialisme Barat melalui jihad. Beliau kembali ke Jableh pada 1909 sebagai seorang alim dan mengajar di sebuah madrasah Qadariyyah di mana di mengajar Sufi dan fiqh serta ilmu Al-Quran. Di samping itu, beliau juga berdakwah sebagai imam di Masjid Ibrahim Ibn Adham.
Susulan kepulangannya ke Jableh, al-Qassam memantau sebuah program kebangkitan Islam berdasarkan pembentukan semula moral umat Islam termasuk menggalakkan menjaga solat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadhan selain menganjurkan meninggalkan budaya berjudi dan minum arak. Kepemimpinan al-Qassam meninggalkan kesan yang sangat besar terhadap penduduk Jableh yang semakin lama mula menerima pembaharuan yang dibuatnya. Beliau juga menjalinkan hubungan mesra dengan pihak polisi Uthmaniyyah. Kadangkala al-Qassam juga melakukan penghadangan dengan murid-muridnya terhadap Grombolan yang membawa arak yang kemudian akan dibuang. Walaupun kebanyakan tokoh Syria rakan-rakan alumni dari al-Azhar menyokong [[nasionalisme] Arab, kesetiaan al-Qassam cenderung lebih ke arah Empayar Uthmaniyyah seperti yang diperlihatkan oleh hubungannya yang baik dengan pihak berkuasa Uthmaniyyah. al-Qassam juga disanjung oleh penduduk Jableh di mana dia mendapat reputasi sebagai seseorang yang alim, sederhana dan pandai bergurau.
Kegiatan di Haifa
Dari Tartus, al-Qassam mengembara ke Beirut menggunakan bot dan seterusnya ke Haifa yang ketika itu di bawah Mandat British, di mana dia semula bersama dengan isteri dan anak-anak perempuannya. Ketika itu beliau sudahpun dalam usia 40-an, dan memfokuskan kegiatannya pada golongan kelas bawahan. Beliau mengadakan pengajian kelas malam untuk pekerja buruh dan berdakwah kepada mereka sebagai imam di Masjid Istiqlal. Beliau juga mencari orang untuk didakwah dari jalanan sehinggalah ke dalam rumah-rumah pelacuran dan sarang penagih shisha. Beliau juga memimpin Jam'iyyat al-Shubban al-Muslimin (Pertubuhan Pemuda Islam) yang ditubuhkan di Mesir pada 1928. Kegiatan al-Qassam yang juga mempunyai hubungan dengan Part Istiqlal (Parti Kemerdekaan) di Palestin dibiayai oleh beberapa ahli perniagaan disebabkan oleh reputasinya.
Pada 1929 beliau dilantik menjadi qadi mahkamah Syariah Haifa. Dan membenarkannya berkunjung kampung-kampung di kawasan utara, di mana al-Qassam menggalakkan penduduknya membentuk koperasi petani. Beliau juga memanfaatkan kunjungannya untuk menyampaikan khutbah agama dan politik di mana beliau menggalakkan menyusun penentangan untuk melawan British dan Yahudi. Beliau juga menggunakan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Damsyik, Syeikh Badr ad-din al-Taji al-Hasani yang menyatakan bahawa perjuangan melawan British dan Yahudi adalah dibolehkan.
Kematian
Pada 8 November 1935, mayat seorang konstabel British, Moshe Rosenfeld ditemui berdekatan Ain Harod. Al-Qassam dan para pengikutnya dipercayai telah bertanggung jawab dan pasukan pencari telah dikerahkan untuk menangkap mereka. Mereka meninggalkan Haifa dan pergi ke perbukitan antara Jenin dan Nablus. Pasukan pemburu British akhirnya mengepung al-Qassam di sebuah gua berdekatan Ya'bad di kampung Syeikh Zaid. Dalam pertemburan ini, al-Qassam dan tiga pengikutnya telah gugur syahid manakala lima lagi ditangkap. Kematiannya ketika pertempuran dengan musuh menyebabkan al-Qassam menjadi legenda terhadap sebahagian besar penduduk Palestin pada masa itu:
Dalam keadaan terkepung dia mengarahkan para pengikutnya agar mati sebagai syuhada, lalu mula melepaskan tembakan. Penentangannya dan cara dia mati mengejutkan rakyat Palestin. Beribu-ribu orang bersusah-payah melepasi barisan polisi di pengkebumian di Haifa,... pengkebumian itu merupakan perhimpunan politik terbesar yang pernah dibuat di Mandat Palestin.
Dua minggu kemudian David Ben-Gurion, pemimpin kesatuan pekerja Yahudi, Histadrut, memberi amaran kepada politik Parti Buruh Israel (Mapai) bahawa "Sekarang pada kali pertamanya, masyarakat Arab telah melihat seseorang yang menyerahkan dirinya dalam perjuangan (menentang Yahudi) ini. Hali ini akan memberikan bangsa Arab kekuatan moral yang tidak dimiliki mereka sebelum ini.
Al-Qassam dimakamkan di perkuburan Islam di Balad asy-Syeikh, kawasan sub-bandar Haifa.
Walaupun perjuangan al-Qassam gagal dimasa hidupnya, kebanyakan pertubuhan militan mengambilnya contoh dari beliau. Pemakamannya dihadiri beribu-ribu orang, yang bertukar menjadi demonstrasi perpaduan nasional secara besar-besaran. Beliau juga menjadi sumber inspirasi kepada golongan militan, yang mana dalam Revolusi Arab 1936-1939 menggunakan nama Qassamiyun (pengikut al-Qassam). Pusaranya pula menjadi tempat yang sering diziarahi.
Sayap ketenteraan Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam dinamakan dengan namanya. Roket Qassam pula diambil dari nama Beliau.

No comments
Silakan Berkomentar Atau Kasih Keritikan Dengan Sopan Dan Santun